Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur... Di suatu ketika dulu.. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...
Sebelum  Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat  satu  bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku   kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.
Dinamakan  "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik  kediaman  terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani  hukuman  gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.
Di  BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis,   menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana   menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana   dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang   telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang  masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu  dijalankan, mereka  sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong,  suara orang menangis  dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir  tesebut.
Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat  seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu  tanpa  dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula..
Ramai  bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut   mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari   Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali   gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Nak  dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai  seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan  "Bilik Terakhir"  itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang  pukul 01:00 pagi  beliau terdengar seperti tapak kaki sedang  berlari-lari berhampiran  bilik tersebut.
Ia cuba  beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia   mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam   sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia  berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh   kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.
Alangkah  terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi  pintu  gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan  namun  diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu  sambil  meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.  Apabila  apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya  ia bila  didapati banyak harta karun dalamnya.... Ia cuba mengambil harta  itu  tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu  lembaga  yang mengerikan seraya berkata,
"Heyyyyyy  manusiaaa.. Jangan awak sentuh harta itu.. Hartaaaa itu bukan  kauuu  yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha  Ha "  Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... "